Tuesday, March 9, 2010

cam ner nak guna?

Cara-cara untuk memasang Linux

Berikut adalah langkah-langkah mudah untuk anda ikuti memasang Linux ke dalam komputer anda. Sila putuskan sambungan internet dan cabut semua usb peripherals seperti thumbdrive dan external hdd untuk memudahkan.

1.Boot

Pastikan PC anda boleh boot ke Live CD. Sila restartkan PC anda bersama Live Linux CD. Jika boleh boot ke Linux anda boleh skip ke bahagian seterusnya. Jika masih boot ke Windows anda ikuti arahan seterusnya.

Tukarkan turutan boot didalam BIOS Setup utility supaya CD/DVD adalah turutan boot yang pertama. Caranya adalah dengan menekan button yang di suruh tekan semasa anda on kan pc anda(screen hitam) jika terlepas masuk ke windows restart kembali dan bersedia untuk menekan butang semasa diminta. Kekunci yang harus ditekan bergantung kepada PC anda, ada yang F1, F2, F10, Del dan Esc. Jadi tekanlah butang itu beberapa saat sebelum pc boot ke Windows XP. Jadi selepas masuk ke BIOS Setup Utility ubah boot sequence atau boot priority supaya CD/DVD adalah boot yang pertama atau CD/DVD boot dahulu sebelum boot ke harddisk. Setelah itu save dan exit semula. (perlu buat sekali sahaja).

2.Memasang

Setelah berjaya boot ke Linux Live CD perkara pertama akan ditanya adalah bahasa sila pilih English. Kemudian select pilihan pertama daripada menu iaitu Boot/Install. Klik Install. Pilih English sebagai bahasa dan Kuala Lumpur +8.00 utk jam dan bukan UTC serta US sebagai keyboard layout.Setelah itu anda akan masuk ke program partition.

3.Program Partition Editor

Mempartition adalah sangat penting dalam proses ini kerana ia akan menentukan segalanya. Jadi sila berhati-berhati. Pilih Manual dari 3 pilihan iaitu guided, use whole disk dan akhir sekali manual atau edit. Pilih manual kerana kita mahu assign yang sepatutnya saja untuk installasi Linux. Sebenarnya kita hanya perlu dua partition tambahan untuk memasang linux. 1. swap space sebanyak dua kali ganda RAM kita dan 2. / merupakan root partition yang berbentuk Ext3. Setelah anda pilih manual apa yang berlaku komputer akan mengscan pc anda untuk mencari partition yang ada. Perlu diingatkan disini Linux membaca hardisk anda sda1, sda2, sda3 dan hardisk kedua sdb1,sdb2 dan seterusnya. Jadi jika anda kenal pasti lokasi untuk membuat partiton pilihlah sekarang untuk meresizekannya dahulu. Cthnya.. Jika anda ada ruang kosong didalm D: drive anda biasanya sda3 adalah drive itu kerana sda1 adalah factory drive dan sda2 adalah C: drive anda. Untuk mengenal pasti amat mudah kerana setiap drive partition mempunyai used space dan free space di sebelah kanannya.

4.Resize

Pilih resize dahulu dan kecilkan NTFS partition anda meninggalkan ruang kosong sebanyak 10 hingga 15GB mengikut kemampuan anda. Jadi setelah meresizekan hardisk anda klik ok dan apply dan sekarang komputer akan actually resizesing partition anda. cthnya jika anda mempunyai d: drive yang kosong sebanyak 70GB akan tertulis 68970 ruang padanya jadi resizekan kepada 56000 kepadanya ntfs memberikan ruang lebih kurang 12GB kosong untuk linux nanti.

5.Extended Partition

Sesebuah hardisk hanya boleh ada 4 primary partiton jadi selebihnya hendaklah mereka Extended Partition didalamnya mempunyai Logical Partition. Begini, jika ruang kosong sebanyak 12GB tadi telah berjaya direka anda sekarang haruslah membina dua lagi partition untuk Linux. Jadi kedua-dua partiton itu akan berada di dalam Extended Partition kerana anda sudahpun mempunyai beberapa Primary partition.
6.Logical Partition

Untuk mencipta 2 partition tadi pertama pilih ruang kosong 12GB tadi dan pilih New/Create. Setelah itu anda dapat lihat tick pada Logical Partition bermaksud drive itu adalah didalam Extended Partition. Resize kan ruang itu sebanyak dua kali Ram anda bermaksud jika RAM anda 1 GB resizekan partition pertama kepada 2GB dan mount point dia sebagai swap space. dan Klik apply. Dan setelah itu selebihnya sebanyak 10GB pilih semua tak perlu resize lagi tapi kali ini pilih sebagai type Ext3 jurnaling system dan mount point as / ya backslash sahaja kerana yang itu sahaja yang diperlukan. jgn pilih mountpoint /home /usr /boot dll kerana tak perlu / sudah cukup dan yg perlu ok? setelah itu klik Forward dan installasi akan diteruskan pada partition / itu.

7.Username dan root pasword

Setelah itu anda diminta untuk mengisi nama penuh jangan terlalu panjang, login name cukuplah yang pendek/singkatan sahaja dan root password ditulis dua kali. Beri perhatian kerana root password ini akan selalu diminta oleh sistem jika anda ingin mengubah apa apa administration pada sistem. jadi gunakan password yang mudah dan senang seperti 123456. Kemudian tanda tick pada login automatically dan klik forward untuk teruskan installasi. Ok proses kita sudah hampir selesai. Setelah tamat installasi 100% anda akan diberi pilihan untuk terus guna live cd atau restart pilih restart. sekarang sistem akan shutting down dan mengeluarkan live cd tadi dari tray dan merestart.

8.GRUB Bootloader

Setelah restart anda akan memasuki program GRUB iaitu menu untuk boot ke OS yang mana satu. Ok ini ada sedikit teka teki. Pilihan yang atas sekali adalah Program Linux yang baru kita install dan yang kedua serta ketiga adalah Program recovery serta MEMTEST. Yang menjadi isu adalah Lain lain sistem iaitu Windows kita. Kerana ada kemungkinan akan ada beberapa pilihan untuk boot ke windows sedangkan kita hanaya ada satu program windows. Jadi untuk memudahkan anda selalunya pilihlah windows loader yang kita rasa betul iaitu c: drive kita (untuk branded pc yang belum diformat sebelum ini pilihan adalah yang kedua kerana windows loader yang pertama adalah factory default) Untuk yang hanya mempunyai C drive boleh pilih windows loader yang pertama. Tapi apa apahal pun anda boleh cuba semua dan check mana yang betul. Jika salah cuma tekan power off button dan boot grub semula. Setelah berjaya boot windows anda kembali sistem windows akan kata ada dirty disk dan buat fscheck tak apa ini biasa kerana resizing tadi jadi biarkan dan boot ke windows normally. setelah berjaya restart semula dan bootlah ke linux anda. pilihan pertama. LINUX

*Hardware Spec.

Hard disk space biasa 8GB untuk / type Ext3 jika punya banyak space boleh beri 10,15 atau 30GB but minimum 4GB (not recomended)

RAM 512MB tetapi jika anda hanya ada 128MB atau 256MB RAM boleh juga menginstall linux.

Processor Pentium 3 dan ke atas sila gunakan disk 64bit architecture unutuk pemproses AMD.

Last but not least swap space area double your RAM space if RAM 256MB make 512MB of swap space.

3 comments:

  1. xde dlm surah mna2 yg mngatakan ianya HARAM....lalala. explain.

    ReplyDelete
  2. ini adalah hujah dari ustaz
    http://www.mesra.net/forum/index.php?showtopic=77448&st=20

    harap dapat memberi panduan

    azhar

    ReplyDelete