Tuesday, March 9, 2010

why linux?


Bismillahirrahmanirrahim
"Saya melakukannya dengn UBUNTU"
UBUNTU 8.04 Hardy Heron (LTS)-OS yang hebat.
UBUNTU GNU/LINUX - Selamat tinggal perisian cetak rompak. Pengguna komputer sekalian. Apakah perasaan anda apabila menggunakan perisian cetak rompak untuk komputer anda? Adakah anda suka jika komputer anda menggunakan perisian yang tidak diiktiraf? Sudah tentu tidak.
Bagi saya, menggunakan perisian cetak rompak adalah haram dan berdosa. Saya selalu merasa bersalah dan tidak akan memaafkan diri saya sendiri jika berbuat demikian. Natijahnya negara kita akan terus mundur tidak akan jadi sebuah negara maju kerana lanun cetak rompak dan pengguna yang menyokong dengan membelinya dengan duit halal. Wang yang baik hasil daripada sumber pekerjaan kita haruslah dibelanjakan kejalan yang lebih diberkati.
Sekarang ada penyelesaian yang mudah dan murah untuk isu diatas.
Sumber terbuka! Bukan saja penghijrahan ini mudah dan murah tetapi juga selamat. Ini kerana Ubuntu telah berusaha keras untuk menghasilkan sistem operasi yang paling mesra pengguna pada abad ini.
Dengan mendual-bootkan pc anda sudah pasti anda mempunyai kelebihan dari satu jenis os sahaja. Antara yang paling ketara adalah anda boleh memadam virus2 yang tak dapat dihapuskan oleh program anti-virus anda. "Two heads is better than one!"
Mungkin ada pandangan yang mengatakan "Oh, Linux bukan untuk saya kerana ianya sangat susah!" Anda silap, kerana sejak distribusi LINUX Knoppix 2003 dan Ubuntu 2004 segala persepsi terhadap Linux yang dilabelkan sebagai susah dan hanya untuk geeks sahaja telah berubah. Semua orang yang ada pengalaman menggunakan komputer mampu melakukannya. Sebelum ini bagi distro Red Hat, Mandrake, Fedora, SUSE dan lain-lain saya akui memang susah nak install Linux kedalam PC tetapi setelah mencuba UBUNTU 8.04 Hardy Heron saya amat berpuashati dan berbangga. Saya berpuashati kerana segala langkah2 yang saya ikuti untuk menginstall ubuntu 8.04 sangat mudah dan berbangga kerana PC saya menggunakan perisian yang tulen 100% (setelah saya mendowngrade PC lama Gateway Odasaja saya daripada WinXP kepada WinME) dan boleh dapat semua pakej-pakej perisian seperti permainan komputer, pemain media, pakej suite office dan pelbagai lagi perisian-perisian lain yang dapt saya fikirkan ada didalam Ubuntu dan boleh didownload bila-bila masa secara percuma menggunakan synaptic package manager, adapt, sudo-aptget,getdeb dan add/remove application.

Bagaimana ubuntu GNU/LINUX boleh menghapuskan lanun cetak rompak? Ini kerana semua program dan perisian Linux boleh didapati secara PERCUMA samada online atau offline! Ya, saya ulangi sekali lagi PERCUMA. Tak perlu berbelanja beratus-ratus ringgit untuk mendapatkan perisian tulen seperti Windows Xp atau Vista dan tak perlu lagi keluar mencari CD-ROM pirate program Microsoft Office, Autocad, Adobe photoshop, Avira antvirus crack atau apa-apa aplikasi lagi kerana semunya sudah tersedia ada didalam repositorinya sama sama mcam yang ada dalam WinXP. Jika anda guna PC anda untuk apa-apa kgunaan pun pasti software itu yang kalau bukan sama tapi seiring penggunaannya pasti ada didalam Ubuntu. Yang tak ada hanyalah mungkin game yang paling anda minati tapi yang sama atau mungkin lebih bagus lagi daripadanya ada di linux. Walaubagaimana pun tak perlu risau wahai pembaca budiman, a. Dengan dual boot anda masih boleh bermain permainan anda di dalam Windows dan cuba permainan di linux apabila mereboot pc anda. b. Ubuntu ada satu program berasaskn cadega iaitu Wine "Wine is not an emulator" ya Wine bukannya emulator tetapi lebih dari itu. Wine boleh membuka program game windows anda didalam Linux. Ini boleh berlaku apabila Wine telah menyebabkan program Windows yang anda buka itu merasakan dia berada didalam persekitaran Windows walaupun sebenarnya program itu dibuka didalam persekitaran Linux. Inilah perkara-perkara features yang membawa kita ke tajuk seterusnya.

Apa yang bagus sangat Linux ni?
Hehe, saya tergelak kecil untuk menjawab soalan ini kerana amat susah digambarkan dengan kata-kata(atau dititipkan dalam konteks ini). Dengan menggunakan ruang yang kecil didalam Cakera keras anda dan keperluan perkakasan yang tidak secanggih mana pun, terlalu banyak saudara-saudara pembaca sekalian yang akan anda peroleh daripada penhijrahan ini. Hanya apabila sistem itu sudah berjaya diinstall dalam PC anda dan anda cubacubanya barulah anda rasa sendiri kebaikannya. Biarlah saya terangkan serba sedikit faktor "wow" yang pernah atau sudah saya alami sendiri yang paling ketara dan memahat kenangan pahit manis peribadi dalam diri saya sepanjang menggunakan linux lebih dari enam bulan.

1. Download lagu 2 minit. Selain daripada melayari internet saya suka muat-turun lagu lagu mp3 yang menarik dari internet. Saya telah suka cuba-cuba download guna P2P (peer to peer netwoking) dari tahun 1999 dari Napster ada sampai diharamkan, LimeWire,sharebear, E-donkey, Imesh, dan utorrents. Dari dial-up modem sampailah guna ADSL Streamyx. Dari sejam 45 minit untuk hanya sebuah lagu sampai ke 45-50minit sebuah lagu ke 15minit sebuah lagu dan akhir sekali 4 ke 5 minit sebuah lagu dengan purata 5MB sebuah lagu dengan WinXP. Ironinya, dengan ubuntu saya mencatat rekod hanya 2minit sebuah lagu 5MB saiz! Terkejut dengan kepantasan yang tiada pernah saya bayangkan sebelum ini. Teringat zaman dial up dulu sampai tertidur depan pc sebab 45 minit satu lagu. Jadi disini terbukti dari pengalaman, pemerhatian dan pembezaan dgn WinXp saya dapati segala proses dan operasi fail adalah 2 kali ganda lebih laju berbanding winxp. Jika anda Transfer file dari pendrive ke pc katakan size 700MB dengan USB 1.1 conection guna WinXP akan mengambil masa 14minit tapi dgn Ubuntu hanya perlu 7minit. Saya percaya ini disebakan terlalu banyak sekatan dan kebenaran akses yang menyebabkan menggunakan Windows terutama WinXP muatturun jadi lembap tidak pantas dan tangkas.


2. PC lama jadi lebih berkuasa. Saya bekerja disebuah kilang sebagai Teknisyen di utara Malaysia. Sebagai pekerja baru setahun saya diberi sebuah PC lama untuk membuat kerja saya(COMPAQ Desktop 800MHz PentiumIII sedia WinME upgrade ke XP). Rakan sejawat yang lebih senior mendapat PC yang lebih hebat dari saya(COMPAQ EVO Minitower 1.1GHz PentiumIV sedia XP). Dengan sedikit tuah saya jumpa 2 keping SDRAM 128 dan 40GB Hardisk daripada Stor pc Scrap. Dengan bermodalkan 384MB RAM dan dua hardisk saya pun terjun ke dunia Ubuntu Linux. Sungguh laju dan berkuasa PC saya lebih hebat dari rakan sejawat yang lain. Saya pun customise pc tu jadi cantik dengan perhiasan dari Gnome Art, bubuh game game yang canggih seperti alien arena (macam Counter Strike) dan pelbagai aplikasi lain seperti Transmission (macam utorrent). Selepas itu kawan2 buka mata heran tengok bila PC lama yang orang dah tak mahu, lagi canggih dan power dari PC yang mereka guna. (sebenarnya PC mereka dah terlalu berat dan bervirus sampai patut reformat lain!). Moral dari kisah ini jangan pandang PC lama takdak mata. Sebab kadang2 PC lama lebih power dari PC yang lebih baru daripadanya :) ubuntu rocks!

3. Linux boleh tengok, ubah ataupun padam dan kadang-kadang mainkan terus apa saja fail yang ada dalm direktori Windows anda dengan menggunakan Nautilus tetapi malangnya anda tidak akan berjaya berbuat sebaliknya kepada Linux. Maksud saya adalah, Tidak mungkin anda bisa melihat isi kandungan Folder Linux anda didalam Windows menggunakan Windows Explorer. Maafkan saya kepada pencinta/penggemar atau taksub Windows jika keterlaluan saya katakan bahawa Windows keluaran Microsoft belum cukup bagus lagi untuk menjadi sebuah OS yang universal. Ini semua gara-gara sumber tertutupnya yang menyusahkan pengguna. Semua nak kena beli cthnya software2 yang penting seperti ofis, photoshop, Autocad dan macam2 lagi dahlah mahal harganya akhirnya kita ambil jalan pintas guna pirate eeeow :(.

3. Tiada lagi screen biru maut. Bagi pengguna WinME,Win98 dan Win95 pasti biasa dengan keadaan ini, WinXP pun taklari dari keadaan ini, iaitu secara tibtiba pc jadi keras,kaku (hang). Tips: kalau nak pastikan pc anda itu hang ke tidak tekanlah Button NumLock atau CapsLock kalau menekan butang itu menyala atau padam penunjuk LED hijau diatas sebelah kanan papan kekunci anda bermakana PC anda tak hang lagi. Jika tidak berfungsi bermakna tekanlah butang reset atau on-off button lima saat untuk reboot balik. Dengan Ubuntu Linux perkara ini tidak terjadi. Itulah masalahnya mana mana Windows daripada keluaran Microsoft Corp. Cepat obsolete habis masa guna dan tak boleh upgrade lagi. Semua nak kena tukar untuk mengupgrade ke OS yang lebih tinggi/baru lebih malang lagi kena keluar duit beli pc baru pulak. Habistu bila dah beli baru PC lama nak buat apa pula? Nak jual tk berapa det yng laku nak simpan menyemak rumah pulak akhirny sorok kat bahagian belakang store barang sajalah walaupun pc tu tak rosak. contohnya jika anda sudah membeli PC untuk rumah anda (mengikut saranan kerajaan "Sebuah rumah sebuah PC") kalau PC itu binaan WinXP takpelah jugak malangnya bagaimana jika pc itu pc itu kurang



4. Printer tak perlu cd pemacu

Harap penerangan diatas dapat menarik minat lebih ramai linuxers di Malaysia
Marilah kita sama2 menikmati kemewahan dunia berkomputer

2 comments:

  1. sebenarnya rencana ini tak pernah habis ditulis dan tak kan habis ditulispun kerana terlalu banyak tuan2 sebab musabab terutama linux especially ubuntu merevolusikan dirinya setiap 6 bulan
    lihatlah how time's flies rasa cam baruje saya guna ubuntu tapi dah lompat beberapakali dah lani dah meerkat woi...... takkan dok bangau heron lagi...hehehehheedheheh

    ReplyDelete
  2. NEXT PROJECT
    ADRIANE KNOPPIX.DE
    GUNA YANG GERMAN TAU:)


    ZHAR

    ReplyDelete